"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman"[Al-Imran:139]

Wednesday, July 29, 2015

Raya

Assalamualaikum wbt

Since kita masih dalam bulan Syawal.. Selamat Hari Raya :)

I was always looking forward for hari raya atau any gathering sebab for me waktu ni la nak berkumpul semua family members. Tapi kalau dulu, dalam keterujaan nak jumpa kaum keluarga akan ada rasa risau. Risau semestinya sebab takut diajukan soalan-soalan yang menggugat jiwa atau diperbadingkan dengan saudara-mara yang lain. Rasanya ramai yang melalui perkara ni kan. Kalau sebelum kahwin soalan yang famous adalah bila nak kahwin..then bila dah kahwin and belum ada anak orang akan tanya sampai bila nak berdua, bila tak bekerja pun orang asyik dok menanya takkan belajar tinggi-tinggi  nak duduk rumah je...

Sebenarnya saya tidaklah kisah mana bila persoalan ini diajukan kepada saya. Pada saya mereka yang bertanya especially kalau mereka yang agak rapat dengan kita yang bertanya, Mereka hanya curious dan mengambil berat. As someone yang ada pertalian dan mengenali kita mereka mungkin teringin nak tahu status semasa kita.Usually kalau orang beranya I would prefer untuk senyum and minta mereka doa-doakan. Selalunya pon mereka terima dan cakap dont worry dan suggest untuk doa banyak-banyak.

Cuma mungkin ada juga beberapa orang yang mugkin terlebih mengambil berat. Golongan ini yang selalunya buat saya sedikit sentap dan mengurangkan mood behari raya dan berjmpa dengan sanak-saudara. Selalunya yang membuatkan saya tersentap tu sama ada nada bertanya tu macam memerli atau mereka cuba membanding-bandingkan dengan orang lain.

Ini adalah tahun ketiga saya beraya bersama suami, alhamdulillah. Raya pertama kami was in Holland, jadi tak merasa lagi diajukan soalan cepumas. Tahun kedua was the biggest challenge. Masa ni memang semua orang sangat curious dan rajin bertanya tambahan pula ramai kaum kerabat yang sentiasa menambah ahli keluarga. Memang kena banyak menenangkan diri sendiri dan ambil setiap soalan secara positif.

Tahun ni insyaAllah tahun terakhir kami beraya berdua. Sedikit sebanyak saya rasa sangat bersyukur Allah bagi peluang kami beraya berdua for a while. Allah bagi can honeymoon dan spending time with each other lama sikit. Next year punya experience pastinya berbeza and we're looking forward for it :)

Since I am not a TTCian  raya kali ni, saya sudah tidak diajukan soalan yang menggerunkan tapi dah bertukar kepada dah ada isi ke? walaupon baby bump nampak sikit je baru. However, saya memang akan sangat cuba untuk mengelak dari bertanya soalan-soalan tersebut kepada orang lain walaupon kadang-kadang agak curious jugak.hehe...risau takut gaya bertanya or masa tak sesuai. Saya jugak mudah rasa tersentap bila ada orang bertanya secara tidak sesuai kepada orang sekeliling saya.I have been there dan mungkin akan laluinya lagi.

WhatSoEva~ For me, mereka yang bertanya harus lebih berhati-hati. pastikan niat kita bertanya tu baik bukan dengan tujuan memerli atau menyakitkan hati. Pastikan juga cara bertanya juga sesuai dan jika rasa kita tak mampu lakukannya mungkin ada baiknya untuk batalkan hasrat bertanya. Ketahuilah mereka juga sangat curious bila masa mereka akan tiba tapi Allah lebih tahu and trust me, mereka sedang mencuba. Jadi berpada-padalah :)  ...  dan bagi yang ditanya pula..lets take things positively. bersangka baik dengan orang yang bertanya. Mungkin mereka sangat mengambl berat tentang kita dan mahukan yang terbaik untuk kita atau mungkin mereka dah lalui apa ang sedang kita lalui dan ada tips untuk dikongsi...buat yang ditanya...be strong , Allah knows best :)


Till then,

May Allah Bless~

Tuesday, June 30, 2015

Pregnancy Diary: Almost Warded

Assalamualaikum wbt

2 days ago  was my 3rd appointment at te KK Jeli. Normal pregnancy mommy will have their appointment once a month but since I have aproblem wth my Hb Level,  have to see the doctor every 2 weeks. Anything is fine with me as long the baby is ok.

Appointment kali ni saya perlu minum air gula sekali lagi sebab the last result dikira tidak valid since I was have quite a frequent diarrhea before the test. minum air gula kali ni pun will only be done kalau saya tidak mengalami diarrhea sepanjang 2 minggu yang lepas. Alhamdulillah, right afer the appointment I only had diarrhea once jadi boleh la teruskan dengan mium air gula yang sangat idak sedap itu... Alhamdulillah the result is normal showing that I am not having diabetes. Tapi I  have to do the test again during my 25th week pregnancy.

Selain minum air gula of course I had to do FBC test untuk tengok my Hb level. Again the result drops. Kali ni my Hb is 8.5. Ya Allah, I was so worried.  Since my Hb is dropping every 2 weeks walaupon dah makan ubat, the doctor suggested me to be warded untuk dimasukkan darah. MashaAllah . teruk sangat ke sampai nak kena warded semua. Tapi dactor then decided untuk berbincang dengan pakar dulu sebelum buat keputusan. So I was referred to the pakar OnG untuk penelitian on my case. the specialist decided untuk tunggu lagi 2 minggu to see my Hb level meaning tak perlu warded dulu untuk masukkan darah. Kindda lega sedikiti..tapi if thats what it takes to give the best to the baby I rela je...hehe.. I asked the pakar about ubat Iberet Folic yang dibeli di Farmasi (sebab KK tak keluarkan ubat tu) sama ada saya boleh cuba untuk consume ubat itu instead of ubat-ubat given by KK. I actually knew about IBeret folic through my readings kat blogs dan google, Ramai juga pregnancy women yang ambil iberet untuk cuba naikkan Hb A good friend of mine yang turut ada masalah Hb during pregnancy pon advise me to take Iberet. The Specialist agree to let me try Iberet and see the result dalam 2 minggu lagi. Kalau dah ambil iberet Dah tak perlu ambil vitamins dan acid folic sebab Iberet dah menandungi semua tu. Hopefully the Iberet will helps to increase my Hb dengan izin Allah.

The doctor also advise me on pemakanan. I have to make sure that I take my 3 daily meals(breakfast, lunch dinner). during lunch and dinner HARUS ada protein dan sayur hijau ye... erkkkkk mmg a big struggle ni. May Allah make everything ease, insyaAllah. Right after raya I have an appointment dengan pakar pemakanan untuk beri nasihat dan panduan sebenarnya on what I should eat.

I was sangat-sangat berharap that the doctor will do the ultrasound scan to see the baby.I kindda miss he/she dan plus I was always wondering how they are doing. With my Hb low condition I was always worried about te baby's condition (Rasa macam nak beli mesin ultrasond tu je letak kat rumah boleh tengok hari-hari..heee) . Malangnya on my 2 previous appointment they didint do the scan. Agak kecewa. Hopefully the baby is doing fine, insyaAllah. May Allah protect u sayang.

In this two weeks, haruslah makan sebanyak mungkin zat besi dan vitamin c dan doa banyak2 di bulan Ramadan ni moga semuanya dipermudahkan, insyaAllah.

Till then,

May Allah Bless.

Tuesday, June 23, 2015

Pregnancy Diary: Ramadhan

Assalamualaikum wbt

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Ahamdulilah, Allah ketemukan kita sekali lagi untuk berada di bulan mulia ini. Moga kita dapat manfaatkan segala waktu yang ada untuk merebut segala ganjaran yang Allah telah sediakan di bulan ini,insyaAllah..

However........ Saya si ibu mengandung yang tidak berpuasa..hee...Dari 1st Ramadhan memang belum mula berpuasa. Ini kerana, semasa temujanji yang lepas, doktor dah pesan awal-awal untuk tak berpuasa dulu until my Hb meningkat. I was a bit frustrated actually sebab I have been practicing fasting since a few weeks of my pregnancy. Doktor tak benarkan puasa bukanlah sebab takut saya akan jadi super penat ke apa (walupon memang akan lembik based on masa practice puasa) tapi risau that kalau puasa I will take less amount of food jadi mungkin my iron intake pon akan berkurang which sepatutnya at this time I should eat a lot untuk tingkatkan my Hb. Jadi, knowing that Islam juga beri kelonggaran kepada ibu mengandung untuk tidak berpuasa, I decided untuk tidak mengambil risiko. However, since I am not fasting kena la makan dengan sebanyak yang boleh kalau tidak sia-sia saja la tidak berpuasa. May Allah ease everything insyaAllah,

Tapi syukur sangat sebab I have no problem on performing other ibadah macam solat fardu, terawih, tahajud, etc (nak dengan tak nak buat je) . However, kadang-kadang kerana terlalu lama berdiri saya mudah untuk rasa hendak pitam dan juga kaki jadi agak lenguh. Jadi terpaksalah berehat sekejap di setiap rakaat. Moga terus diberi kekuatan dan istiqamah untuk beribadah. MOga Allah terima amal yang tak seberapa ni, insyaAllah. Another thing yang buat saya sedikit risau setiap kali hendak ke Masjid for terawih is  kalau terpaksa frequently pergi toilet. A pregnant woman mmg akan ada masalah ni which is sering nak membang air kecil. my only solution is to not drink so much water during maghrib.

Ahad depan insyaAllah will be my next appointment. Moga ad berita baik dan baby is doing fine, insyaAllah.

Cepat je rasa masa berlalu. Moga kita ditemukan dengan Malam AlQadar, insyaAllah.

WhatSoEva~ Missing umi,abi,adik beradik,uwais dan  rumah salak dan rindu nak Ramadhan bersama. But Alhamdulillah I have my in laws here :)

Till then,

May Allah Bless~

WhatSO

Tuesday, June 16, 2015

Pregnancy Diary: 1st trimester

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, all praise to Allah dah melepasi trimester pertama pregnancy.Syukur.
Memang tak pernah berhenti risau and hoping that Allah will always protect my little baby in the tummy. Banyak lagi minggu to go.Moga Allah terus lindungi kamu baby dear. Sesungguhnya memang tiada daya upaya kita tanpa izin dan kuasa Allah.

Sejak tahu that I am pregnant, berharap sangat that tak ada alahan atau morning sickness yang teruk-teruk. Boleh bayangkan kalau ada alahan yag teruk for sure I will be super mengada means lembik je manjang and tak larat nak buat semua benda dan of course manja yang lebih sket.heee... Which kurang sesuai buat masa sekarang sebab keadaan mr Husband yang tengah serabut dengan bermacam-macam benda (pindah memindah, kerja,study, etc...) I wouldnt want to add some more burden to him walaupon he always mention that its his responsbility and he doesnt mind at all untuk melayan si bini yang mengada-ngada..heee..thank you dear.

Alhamdulillah, pregnancy pertama ni tiada sebarang alahan. Boleh makan apa saja dan boleh smell anything, tiada muntah-muntah. Cuma I frequently had diarrhea. huhuhu. Saya juga lebih mudah rasa penat sekarang ni especially kalau buat kerja nonstop. Tambah pula beberapa minggu since pindah ke kelantan, me and husband selalu travel ulang alik Jeli-Tumpat since our house masih kekurangan kelengkapan untuk tinggal di situ. In case I did something tanpa henti akan ada tanda-tanda untuk pitam. Jadi kalau nak buat apa-apa haruslah banyak stop and rest. Contohnya seperti memasak, I have to start masuk dapur very early sebab I will have to frequently sit and rest. Pernah once I start cooking a bit late and was rushing to finish up everything which end me up dengan almost faint, menggigil, short breath dan lesu.

On the 11th week baru I get to go to the klinik kesihatan ibu dan anak in Jeli untuk buat buku pink selepas selesai segala urusan angkat barang ke rumah baru walaupon masih berulang dari jeli ke tumpat. The clinic is quite near to our house and mr Husband's office. Jadi senang dia nak drop me dan balik ofis sekejap kalau ada apa-apa yag penting while tnggu segala prosedur untuk jumpa doctor.Alhamdulillah everything went well except for one thing yang makes me and husband a bit worried. My Hb level was quite low. the minimum level of hb a pregnant women should have is 11mg but mine was 9.6. Jadi this expalins why I keep feelig tired da rasa nak pitam. The nurses and doctors semua macam risau as if it is sangat bahaya jadi both of us jadi semakin la risau. Hopefully it doesnt give any bad effect to the baby.

Since my Hb was pretty low, doctor has given me ubat and vitamins dan ask me to eat a lot of natural foods that contains high iron. Maka Husband and Mother in Law dengan semangatnya memborong all kinds of green vegetables especially spinach, lots of fruits dan daging dan limpa dan hati.  Walaupon I dont have any alahan to makanan tapi I couldnt eat much. Sama ada tak selera atau cepat kenyang. Jadi it was a struggle to finish up the foods especially kalau MILyang masak, tak sampai hati nak makan tak habis..huhuh

2 weeks after the 1st apoinment I was ask to come again to check on my Hb, ambil darah for thalesimia test dan minum air gula (awal-awal dah kena minum sebab I have a family history ad diabetes) . Since I  have been taking all the medicine without fail dan makan quite a lot (walaupon MIL ckp I only ate a little, tapi I think I have eaten quite a lot compare to before) of buah dan sayur dan lauk-lauk berzat besi, I was hoping that my Hb will increase walaupon sedikit. Sadly my Hb drops to 9.0. It was sangat heartbreaking. Hopefully the baby gets enough blood dan oxygen that he needs to develop well. May Allah protect you dear. lagi dua minggu I have to come again. Harus usaha lebih lagi untuk tingkatkan Hb., insyaAllah.

WhatSoEva~ This new experience taught me and husband a lot. Kami belajar untuk benar-benar bergantung harap pada Allah yang Maha Kuasa. Banyak lagi perkara yag kena beajar but  I am enjoying this new experience. Although husband is serabut and tired dengan bermacam hal he is also excited,much more than me I think, hehe. I am just so happy to have him by my side throughout this new experience. Alhamdulillah for everything. Moga Allah terus jaga dan lindungi kamu my dear until you are safely delivered healthily, insyaAllah.



May Allah Bless~

Tuesday, April 28, 2015

My TTC Journey

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. all praise hanya untuk Allah s.w.t yang Maha berkuasa. After almost 3 years being a TTCian we finally get to see the double line we have been waiting for. Alhamdulillah again.

Just to jot down my TTC story as a memory for me or maybe for my little one to read someday. To let him/her/them know that we have been waiting for him/her/them. It was a tough yet very meaningful journey. Maha suci Allah yang menjadikan setiap perkara tanpa sia-sia..

TTC stands for trying to conceive. This kind of case sebenarnya semakin banyak because of many factors seperti persekitaran, pemakanan, genetics atau masih belum ada rezeki. Usually bila kita adalah TTCian kita akan lebih rasa rendah diri and sedih lebih-lebih lagi in Malaysia not having a baby adalah sesuatu yang memalukan to our community. Plus melihat kawan dan sedara sebaya yang sentiasa menambah ahli keluarga sedikit sebanyak buat kita rasa cemburu, ye la siapa yang tidak mahukan zuriat keturunan sendiri kan.Tp alhamdulillah, kesedaran ttg TTCian ni dah semakin meningkat means TTCian dah semakin positif tentang perkara ni dan lebih terbuka. Treatment-treatment pon semakin menyeluruh also the community semakin sedar that its not our choice to not have a baby and we shouldnt be blame dan dilihat seperti perkara yang memalukan. If you are a TTCian, do find supports group macam through facebook atau blogs...most TTCian akan tulis blog to share their pengalaman and perasaan, al maklumlah jarang sangat orang faham TTCian unless orang tu pon also a TTCian. So memang sangat banyak maklumat tentang TTC boleh dapat through their blogs.

Okay back to my TTC journey..

in August 2012 Me and Mr Husband got married. Kami tak pernah kenal each other sebelum kahwin. Husband was a student in Holland at that time, he only came back to Malaysia untuk berkahwin and will be leaving me for about 6 month after two weeks of our marriage. Walaupon we only have two weeks together, tapi anything can happen kan..husband suggested that we should hold segala plan of having a baby sehingga I join him in Holland. Instead of risau me being pregnant alone in Malaysia plus still studying, the procedure untuk tinggal di Holland juga lebih complicated especially tentang perkara berkaitan health insurance if the baby was not conceived in Holland.

February 2013 I safely arrived in Holland. Baru-baru lagi kat sana kami masih rasa okay, not much pressure and enjoying our time there. Kawan-kawan di Delft semua cakap don't worry selalu cepat lekat disini.. saya senyum and amin kan je la.hehe.. Tapi memang betul, one by one kawan kat sana get pregnant and having babies. memang meriah Delft dengan ibu-ibu mengandung yang berseri-seri and newborn baby yang comel sangat. Dalam hati wishing that my time will come soon..tapi still no pressure. Alhamdulillah kawan-kawan kat sana sangat supportive. Tapi after a few month staying in Holland I was actually dah mula risau about my condition. Lebih-lebih lagi since tinggal di Holland saya perasan that my period sangat haywire dan tak regular. However, Mr Husband was super busy and sangat serabut dengan his study. As a wife I wanted to give him my full support and think that his study should be our main priority. So we decided not to think much about having a baby and try to focus on Husband's study while enjoying our short stay in Holland. Pertanyaan-pertanyaan dari tanah air memang tak putus-putus dan kami mampu cakap belum rezeki and mohon mereka doa-doakan.

March 2014 kami pulang ke tanah air tercinta. As expected memang sangat banyak pertanyaan such as balik berdua je ke? or Tak ada Baby Holland? or Merancang ke u ollss?.... Again smile and minta mereka doa-doakan. We were quite busy masa mula-mula pulang from Holland. Still tak ada masa untuk fikir dengan serius tentang perkara ni. Jadi, I started with finding information about irregular period, infertility, pengalaman TTCians, klinik-klinik yang ada tawarkan rawatan etc.

Around October 2014 baru la kami finally dapat pergi berjumpa pakar. We decided to go to LPPKN untuk seek for advise dan treatment. Reasonnya kami pilih LPPKN is because LPPKN ni macam tengah-tengah la antara private dan hospital government. Dari segi kos rawatan, mahal sedikit dari hospital kerajaan tapi much cheaper than hospital swasta. Dari segi masa pula lebih cepat berbanding hospital kerajaan. Untuk kakitangan kerajaan, boleh claim ye kalau dapatkan rawatan di LPPKN.

Banyaklah perkara yang both of us perlu lalui such as blood test, HSG (periksa tube fallapio, etc), cucuk sana cucuk sini yang mana bukan procedure yang menyenangkan. I was diagnosed as a mild PCOSer (imbalance hormon) which was so frustrating tapi we try to keep being positif, at least masih ad peluang untuk mencuba. Maka banyak juga ubat-ubatan, supplements dan makanan sunnah that we have to consume.

As expected kos untuk TTC ni memang agak tinggi untuk kami yang berpendapatan sederhana ni. Maka haruslah buat tabung khas untuk TTC dan cut cost untuk perbelanjaan lain macam makan-makan, pakai-pakai, jalan-jalan..hehe. Alhamdulillah semua dipermudahkan.

On december 2014 we decided to try our first IUI however the result turns out to be a big fat negative. Its ok, kami masih postif dan keep trying.

Awal tahun 2015, me and husband decided to change our daily diet selepas kami buat sedikit research and pembacaan tentang PCOS. We found out that PCOSers haruslah kurangkan pengambilan karbs dan sugar because these two things boleh mempengaruhi our hormon. Maka kami bercadang untuk cuba diet atkins. Husband was trying to lose some weight and I was trying to stabilize my hormon. Doing atkins is one of the toughest part in my TTC journey. memang sangat full with drama. ye la kan, seorang yang loves to enjoy good food tetiba terpaksa emit all the sugars and carbs, memang agak terkejut la kan..hehe.. Alhamdulillah I have my mr husband yang sentiasa remind me and supporting me..hehe.. He lost a lot of weight too..Bravo dear! Doing atkins was also quite a challenge sebab susah sebenarnya nak explain to orang sekeliling kenapa kita tak makan nasi and tak ambil langsung sugars walaupon benda tu dalam sos atau kicap je. jeles tau sebenarnya tengok orang lain yang boleh makan suka hati tapi easily get pregnant. Rezeki masing-masing kan. InsyaAllah this is the best for me. Actually, jaga pemakanan bukan sahaja sebagai usaha untuk conceive tapi juga untuk kesihatan berpanjangan. PCOSers yang tidak mengawal kandungan karbs dan sugars lebih mudah untuk obese dan mendapat diabetes dan high blood pressure. Maka better cegah semua tu sebelum terlambat, insyaAllah.

We decided to do our second IUI in march 2015. Kira our last treatment sebelum kami berpindah for good to Jeli, Kelantan. Di Kelantan nanti, we may have to stop doing treatments untuk masa yang agak panjang sebab kemudahan untuk fertility treatment tak banyak di sana.Lebih-lebih lagi tinggal jauh dari bandar kemudahan agak kurang. Nak buat fertility treatment juga perlukan komitmen yang sangat tinggi which macam agak susah di Kelantan nanti sebab for sure husband akan bertambah sibuk bila dah mula bekerja. Hence, kami agak eager to do our treatment kali ni. However, banyak benda doesnt go as plan. Treatment kali ni Dr has given me a higher dose of ubat hormon dimana setiap ubat itu perlu dimakan/ dicucuk pada waktu yang sama setiap hari. Being a careless me dan bulan itu we were super busy sebab husband have a lot of presentation and submission, I kept forgetting to take the medicine. Sebab banyak kali terlupa, I was expecting hasilnya kurang berkesan, and it was true. The condition yang diperlukan untuk buat IUI tidak ada maka Dr decided untuk kami tidak proceed with IUI. Frust again tapi try to keep being positive.

Since the IUI was canceled, kami just lalui hari-hari seperti biasa. And me, waiting for my period to come because I was planning to ask my Dr the ubat hormon buat kali terakhir before berpindah. At least I have one more month to try..hehe..Tunggu punya tunggu my Aunty Flow (Period) tak berkunjung tiba. And that is when I found my first double line ever. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. It was definitely an unexpected double line. To me it seems to be a hopeless cycle tapi Benarlah If Allah says jadi makan jadilah ia.

Maka berakhirlah pencarian double line kami buat masa sekarang and I may have to go through it again someday. The baby in the tummy is still very small and I have to prepare myself to anything that might happen and try my best to take good care of it, insyaAllah :).

Being a TTCian memang memerlukan ketabahan from both suami dan isteri. A lot that you will have to face. Setiap bulan pon akan melalui fasa penuh pengharapan, kemudian kekecewaan dan berusaha untuk bangkit kembali. Apa yang penting dont ever give up. Do seek for medical advise dari mereka yang pakar. Dan dari pandangan peribadi saya, healthy eating lifestyle is the most important thing dan I believe ini dipersetujui oleh most TTCian yang lain. Kalau pemakanan tak jaga no matter apa treatment dan supplements that you take kesannya mungkin lebih lambat, walaupon it depends atas individu dan rezeki dari Allah.

So, thats it. My TTC journey. It wasnt very detail or else it will be very long and full with emotions..hehe..but hopefully its good enough to summarize the journey. :)

do pray for me, the baby, all the TTCians yang masih berusaha and to all of us :)

till then, insyaAllah

May Allah Bless~

Tuesday, February 10, 2015

Luck VS Fate

Assalamualaikum wbt






Banyak sangat benda yang berlaku di luar jangkaan. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui.

Contohnya sekarang saya sedang megikuti kelas jahitan specialized untuk keusahawanan. Tak pernah terlintas atau terfikir yang saya akan cuba memasuki alam perniagaan. I did my master because I had other plan for my career. However, setelah difikir-fikirkan tentang situasi kami sekeluarga, dan minta petunjuk dari Allah I decided untuk cuba buat sesuatu yang lebih flexible dan sesuai dengan keaadan kami kini dan future, insyaAllah. Since saya peminat baju so I decided to try belajar menjahit.  Moga Allah beri hidayah dan petunjuk dalam membuat setiap keputusan. Walaupon bukan lagi dalam bidang environment yang I have fallen in love with from the beginning, minat saya dan passion in environment tak pernah hilang, insyaAllah. Moga saya terus diberi kesempatan unutk mendalami bidang ni walaupon bukan secara formally

Theres also a few things yang kami sedang lalui sekarang which was never in our plan atau even terlintas in our mind that we are going to go through it.

WhatSoEva~ Allah is the best planner. Kita manusia merancang dengan penuh cita-cita namun Allah merancang dengan penuh cintaNya. May Allah keep guiding me in whatever things I do. Moga setiap apa yang dilakukan akan dapat memberi kemanfaatan to the ummah and brings me closer to HIM, insyaAllah

Till then..

May Allah Bless~

Tuesday, November 11, 2014

New Baby...

Assalamualaikum wbt

This is what I have been up to lately

Introducing my new baby..



Just a sewing machine untuk seorang beginner

WhatSoEva~ May Allah Bless dan bawa maafaat sebanyak-banyaknya, insyaAllah

Till then, insyaAllah

May Allah Bless~