"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman"[Al-Imran:139]

Tuesday, January 31, 2012

Mampukah???

Assalamualaikum wbt



Mampukah aku menjadi seperti Khadijah.?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama
 
Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah.?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga

Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka.?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..
 
credit to: farah lee's blog
 
May Allah Bless~ 

Wednesday, January 18, 2012

ISTIQAMAH

Assalamualaikum wbt


 Changing is tough. 
But to be istiqamah with the changes is TOUGHER! 


" Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepadanya, bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat" (Al-Fatihah: 6 & 7)

WhatSoEva~ Jom cuba istiqamahkan diri untuk cuba Khusuk dalam Solat dan menutup aurat dengan sempurna. Semoga tergolong dalam hamba-hamba yang dikasihiNYA. Obviously its a reminder to me... so, BERUSAHA!! semoga Allah membantu. Ameen~
.
pssstt>> This new experience really taught me a lot about life. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan sentiasa jadikan kita lebih dekat padaNya.

Sunday, January 1, 2012

Doa tahun baru masihi

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. 

2011 berlalu pergi... 
satu tahun yang cukup penuh dengan pelbagai onak dan duri, liku-liku yang perlu ditempuhi
yang pasti terlalu banyak perkara yang dipelajari

Semoga Allah jadikan tahun 2012 lebih baik berbanding tahun-tahun yang lalu
lebih baik pada pandanganNYA
Lebih baik bagi ku, bagi Islam agamaku, bagi negara dan bangsa ku bagi keluargaku, bagi sahabat-sahabatku dan bagi seluruh Muslimin diserata dunia

Semoga Allah bukakan lorong-lorong 
agar diri menjadi hamba yang lebih dekat padaNya
dan tutpkan lorong-lorong
yang boleh mendorong ke jalan yang jauh dariNYa.. Nauzubillah
Janganlah dipesongkan hati ini walau sekadar sekerdipan mata.

Ameen
Ya Rabb~