"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman"[Al-Imran:139]

Tuesday, September 27, 2011

Assalamualaikum w.b.t...


Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat."


"Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Iaitu ) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadaNya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat" (al-Fatihah: 6&7)


May Allah Bless~

Sunday, September 25, 2011

Show Me the Way~

Assalamualaiukm w.b.t...

Ya Allah...

Bantulah aku dalam mencari redha MU

Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui

Ameen.

pssssttt>> rindunya nak peluk umi... : (

May Allah Bless~

Wednesday, September 21, 2011

Realiti....

Assalamualaikum w.b.t...



2 minggu berada di Pusat Perubatan UKM, hari-hari nak tak nak terpaksa melalui bangunan hospital. rasanya tak pernah berada dalam waktu yang lama di hospital before this. Jadi tak berkesempatan nak memerhati keadaan sebenar di hospital....

Mungkin before this hanya sekadar memerhati keadaan di sekeliling orang terdekat hingga terlepas pandang tentang segala macam benda yang perlu di hadapi oleh orang lain. Setiap orang punya jalan cerita yang berbeza.

WhatSoEva~bersyukurlah, kerana masih diberi nikmat yang tak terhingga hingga kini. Nikmat Allah dari segala macam segi. And, kalau rasa macam diuji dengan sesuatu yang sukar, ingatlah that ada orang yang lebih berat ujianNya. But, Allah tak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung. Dan setiap ujian yang diberikan pasti akan ada hikmah yang ingin Allah sampaikan. Sesungguhnya tiada apa pun yang sia-sia dengan setiap perancangan Allah.

" Dan ingatlah tatkala tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras " (Ibrahim:7)


May Allah Bless~

 

Sunday, September 18, 2011

Buat Lelaki Teristimewa dalam hidupku~

Assalamualaikum...

Dear Dad,

Happy 52th Birthday Dad. Thanx for being the greatest dad ever kerana sentiasa menerima dan memahami kami dan tak pernah jemu menegur dan mendidik agar kami menjadi insan berguna bukan saja di dunia tapi yang lebih utama di akhirat.

Doakan kami semua agar dapat menjadi anak-anak yang soleh penyejuk mata umi dan abi.. Doakan kejayaan kami semua agar kami dapat hadiahkan kejayaan itu to both of you. :-)



WE LOVE YOU DAD!!

May Allah Bless~


Saturday, September 17, 2011

(*_*)

Assalamualaikum w.b.t...

 Dengan Nama Allah yang MahaPengasih lagi Maha Penyayang
ku memohon 
agar Engkau pinjamkan sedikit kekuatan
untuk menempuhi segala cabaran
dan dugaan
di hari mendatang.
tiada daya dan upayaku
tanpa Kekuasaan dan PertolonganMU
Cukuplah Allah bagiku.

p/s: debaran tentang itu kembali hadir...moga Allah membantu dalam membuat keputusan dan didekatkan dengan segala kebaikan dan dijauhkan dari segala kuburukan. Dan jika itu yang telah Allah tentukan, semoga Allah permudahkan segala urusannya.InsyaAllah.Ameen~

May Allah Bless~

Wednesday, September 7, 2011

(*_*)

Assalamualaikum w.b.t...


Rasa macam sangat memahami
Hakikatnya jauh sekali

*SMILE*
And be strong
Cause Allah understand best
=)

Pssttt>> Secara rasminya kembali bergelar pelajar IPT..Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, saya mulakan langkah sebuah lagi perjalanan hidup.Semoga dikurniakan kesudahan yang baik..Ameen~

May Allah Bless~

Monday, September 5, 2011

The Journey~

Assalamualaikum w.b.t..

Although I have quite a few experience registering for study at several places, perasaan nak menghadapi esok adalah agak berbeza...

Excited tapi rasa risau lebih menguasai....

Mungkin kerana terlalu risau dan mengharapkan that everything will turns out well...Cukup kuat ke nak menempuhi segalanya?

I wonder if  I have strength to be strong...

May be I should learn that tiada ap yang sempurna di dalam dunia ini kecuali Yang Maha Esa. Dan kehidupan sentiasa diuji dengan pelbagai cubaan dan dugaan. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita menghadapi setiap ujian dan dugaan yang diberikan kerana ujian itu yang akan mematangkan dan mendewasakan.

WhatSoEva~ Walau bagaimanapun jalan cerita yang bakal ditempuhi nanti.. hanya satu pintaku...Ya Allah janganlah dipalingkan hati ini dariMu walau sekadar satu kedipan mata..Ameen~

Semoga perjalanan yang bakal ditempuhi akan menjadi sebuah perjalanan kearah keredhan Ilahi... Semoga Allah sentiasa bersama hingga ke akhirnya..InsyaAllah~


May Allah Bless~