"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman"[Al-Imran:139]

Wednesday, July 29, 2015

Raya

Assalamualaikum wbt

Since kita masih dalam bulan Syawal.. Selamat Hari Raya :)

I was always looking forward for hari raya atau any gathering sebab for me waktu ni la nak berkumpul semua family members. Tapi kalau dulu, dalam keterujaan nak jumpa kaum keluarga akan ada rasa risau. Risau semestinya sebab takut diajukan soalan-soalan yang menggugat jiwa atau diperbadingkan dengan saudara-mara yang lain. Rasanya ramai yang melalui perkara ni kan. Kalau sebelum kahwin soalan yang famous adalah bila nak kahwin..then bila dah kahwin and belum ada anak orang akan tanya sampai bila nak berdua, bila tak bekerja pun orang asyik dok menanya takkan belajar tinggi-tinggi  nak duduk rumah je...

Sebenarnya saya tidaklah kisah mana bila persoalan ini diajukan kepada saya. Pada saya mereka yang bertanya especially kalau mereka yang agak rapat dengan kita yang bertanya, Mereka hanya curious dan mengambil berat. As someone yang ada pertalian dan mengenali kita mereka mungkin teringin nak tahu status semasa kita.Usually kalau orang beranya I would prefer untuk senyum and minta mereka doa-doakan. Selalunya pon mereka terima dan cakap dont worry dan suggest untuk doa banyak-banyak.

Cuma mungkin ada juga beberapa orang yang mugkin terlebih mengambil berat. Golongan ini yang selalunya buat saya sedikit sentap dan mengurangkan mood behari raya dan berjmpa dengan sanak-saudara. Selalunya yang membuatkan saya tersentap tu sama ada nada bertanya tu macam memerli atau mereka cuba membanding-bandingkan dengan orang lain.

Ini adalah tahun ketiga saya beraya bersama suami, alhamdulillah. Raya pertama kami was in Holland, jadi tak merasa lagi diajukan soalan cepumas. Tahun kedua was the biggest challenge. Masa ni memang semua orang sangat curious dan rajin bertanya tambahan pula ramai kaum kerabat yang sentiasa menambah ahli keluarga. Memang kena banyak menenangkan diri sendiri dan ambil setiap soalan secara positif.

Tahun ni insyaAllah tahun terakhir kami beraya berdua. Sedikit sebanyak saya rasa sangat bersyukur Allah bagi peluang kami beraya berdua for a while. Allah bagi can honeymoon dan spending time with each other lama sikit. Next year punya experience pastinya berbeza and we're looking forward for it :)

Since I am not a TTCian  raya kali ni, saya sudah tidak diajukan soalan yang menggerunkan tapi dah bertukar kepada dah ada isi ke? walaupon baby bump nampak sikit je baru. However, saya memang akan sangat cuba untuk mengelak dari bertanya soalan-soalan tersebut kepada orang lain walaupon kadang-kadang agak curious jugak.hehe...risau takut gaya bertanya or masa tak sesuai. Saya jugak mudah rasa tersentap bila ada orang bertanya secara tidak sesuai kepada orang sekeliling saya.I have been there dan mungkin akan laluinya lagi.

WhatSoEva~ For me, mereka yang bertanya harus lebih berhati-hati. pastikan niat kita bertanya tu baik bukan dengan tujuan memerli atau menyakitkan hati. Pastikan juga cara bertanya juga sesuai dan jika rasa kita tak mampu lakukannya mungkin ada baiknya untuk batalkan hasrat bertanya. Ketahuilah mereka juga sangat curious bila masa mereka akan tiba tapi Allah lebih tahu and trust me, mereka sedang mencuba. Jadi berpada-padalah :)  ...  dan bagi yang ditanya pula..lets take things positively. bersangka baik dengan orang yang bertanya. Mungkin mereka sangat mengambl berat tentang kita dan mahukan yang terbaik untuk kita atau mungkin mereka dah lalui apa ang sedang kita lalui dan ada tips untuk dikongsi...buat yang ditanya...be strong , Allah knows best :)


Till then,

May Allah Bless~