"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman"[Al-Imran:139]

Monday, February 14, 2011

Book: Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh

 Assalamualaikum...


Alhamdulillah....akhirnya I finished reading this book.

Title:Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh
Author:Muhammad Syaari Abdul Rahman.

Before this seriously, even dah banyak kali try untk menghayati buku-buku sejarah yg dibaca tp still xleh. But reading this book totally different.

This book menceritakan tentang kepimpinan seorang pejuang Islam iaitu Sultan Muhammad bin Murad yang cuba untuk menawan Konstantinopel. Buku ini menceritakan bagaimana Sultan Muhammad berjaya dalam misinya dari segala sudut kepimpinannya yang mencakupi segala aspek seperti Kuasa Semangat Pemuda, Kuasa Pemikiran Kreatif dan Inovatif, Kuasa Kerja Berpasukan,Kuasa Iman dan Takwa, etc.

Penulis berjaya menimbulkan rasa kagum saya terhadap perjuangan pejuang-pejuang Islam yang terdahulu yang cuba untuk mendaulatkan Agama Islam. Ciri-ciri kepimpinan yang ditonjolkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah diinspirasikan oleh junjungan besar kita Rasulullah S.A.W wajar dicontohi oleh seluruh umat Islam. Kepentingan ilmu dari pelbagai cabang dan sistem pendidikan merupakan satu faktor penting dalam misi memartabatkan Islam di bumi ini.

Saya turut kagum dengan sifat-sifat pejuang-pejuang Islam yang bukan sahaja berusaha dari aspek luaran dalam usaha mereka memperoleh kejayaan malah sentiasa menjaga agar hati mereka sentiasa bersih dan suci dengan sentiasa sujud kepada Allah, tidak mengira penat dan kesakitan yang mereka alami.

Tertarik dengan satu petikan yang terdapat di dalam buku ini iaitu:

" Aku (Muhammad al-Fateh) mempunyai dua sifat. Sifat keras kepala seperti batu iaitu keazamanku mencapai apa yang aku inginkan. Sifat lembut seperti air iaitu ketika aku memohon keampunan kepada tuhanku. Apakah dengan dua sifat ini ak masih tidak boleh mencapai kemenangan?" - Amru Khalid, Pemikir Islam Kontemporari

This book telah buat saya berfikir a lot. Bagaimana besarnya kuasa umat Islam andai kita semua bersatu dan mempunyai satu visi n misi yang sama. Sebab tu la orang-orang Yahudi cukup takut dengan kebangkitan umat Islam. Thats why la macam-macam usaha that they do to make sure that the real Islam tak akan ditonjolkan and so that kita takkan bangkit untuk bersatu.

Whatsoeva~saya tertarik dengan kata-kata penutup penulis iaitu: "Semoga muncul selepas ini ratusan bahkan mungkin ribuan al-Fateh yang membuka jalan kepada perubahan besar pada diri, keluarga,masyarakat, organisasi, dan negara. Allah yang lebih mengetahui."

Hope semangat-semangat pejuang yang ditonjolkan oleh penulis dapat inspires me to do changes starting from myself yang sememangnya sangat banyak kelemahan n cbe untuk merubah diri to a better person dan also untuk terus gigih untuk berusaha memperoleh kejayaan dengan bantuan Allah, InsyaAllah.

p/s; bukan seorang pangulas yg baik, so excuse that kelemahan of mine yer...

May Allah Bless~

No comments: