"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman"[Al-Imran:139]

Thursday, August 25, 2011

Dah nak Raya!!!

Assalamualaaikum w.b.t...

Dah nak raya la!!!! Maksudnya Bulan Ramadhan pun dah hampir ke penghujungnya...

Akan berakhirla bulan yang penuh rahmat dan ganjaran dari Allah s.w.t... Ntah akan bertemu dengan ramadhan yang akan datang atau tidak..Hanya Allah yang tahu....

Kata ustaz di Kuliah Terawih semalam... Bulan ramadhan ni bulan tarbiyyah.. Bulan ini bagai kan satu universiti atau institusi yang wajib dilalui oleh setiap Muslim dimana subjek wajibnya cuma satu iaitu berpuasa.. subjek-subjek tambahan banyak seperti bersedekah, berzikir, Qiamullail dan segala perkara yang disukai oleh Allah dan boleh mendekatkan diri kita kepadaNYA. Cuma terpulang kepada setiap penuntut nak ambil subjek-subjek elektif itu atau tidak.. makin banyak subjek elektif yang di ambil maka dia akan bergraduasi dari universiti Ramadhan dengan cemerlang.. InsyaAllah.. namun syaratnya ia haruslah dilakukan dengan Ikhlas hanya kerana Allah s.w.t..: )


Bulan Ramadhan dipanggil sebagai bulan tarbiyyah kerana dalam bulan ini ia sebagai satu proses untuk melatih dan mempersiapkan kita bagi menghadapi 11 bulan yang selebihnya.. Semoga dengan segala latihan dan proses yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan dapat meningkatkan Iman kita bagi menjalani kehidupan dengan lebih baik...Insyaallah..

WhatSoEva~ Sayu rasa bila terkenangkan that Ramadhan will be leaving soon... Terlalu banyak benda yang dipelajari sepanjang bulan ini...belajar bahawa betapa Allah terlalu mencintai kita dan kenikmatan dalam mengenali dan mendekatkan diri dengan Allah.. Namun, betul ke dah dimanfaatkan sebaik mungkin Ramadhan ini? Dapat ke merebut segala ganjaran yang Allah sediakan?Semoga Allah menempatkan kita dikalangan orang-orang yang beruntung..Ameen~

WhatSoEva lg~ Semoga diampunkan dosa-dosa yang lalu dan diterima segala amalan.Semoga segala yang baik itu tidak terhenti saat berakhirnya Ramadhan malah makin bertambah-tambah....Kalau tidak sia-siala sebulan menjadi penuntut universiti Ramadhan... Semoga sentiasa diberikan kekuatan, keikhlasan dan keimanan yang tinggi untuk mengharungi liku-liku kehidupan di dunia...

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua~ Harap dimaafkan segala salah dan silap sesama insan. Ampunkan segala kesilapan serta kelemahan diri... Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang lebih berjaya di dunia juga di akhirat.. Ameen~

psssttt>> mood raya blom mai.... nak nyanyi lagu raya pon rasa macam tak kena je..tambah pulak dengan berdegar tanpa henti...huhu...

May Allah Bless~

No comments: